-->

Tuesday, 19 February 2013

TAMPUK KEPIMPINAN PSSGM DI UiTM KAMPUS JOHOR BAHRU CAWANGAN JOHOR




PENAUNG
PROF. MADYA HAJAH ZAITON BINTI ENDOT
       PENOLONG REKTOR UiTM KAMPUS JOHOR   BAHRU CAWANGAN JOHOR

PENASIHAT PERSATUAN
USTAZ SYAZALI EFFENDI BIN A.WAHAB

PENASIHAT PROGRAM
 USTAZ RAFIUDDIN BIN MOHD YUSOF
                                                         
PRESIDEN  
MOHD FAIZ BIN MOHD ZAHARI


                     NAIB PRESIDEN 1                                           NAIB PRESIDEN 2                      
MOHD NASRULLAH BIN RAMDAN                  NUR FASIHAH BINTI AHMAD DIN


    SETIAUSAHA                                               NAIB SETIAUSAHA
        NUR  ATHIRAH NADIA BINTI MD. SALLEH                MUHAMMAD ROFIQI BIN SARMIDI


                          BENDAHARI                                                NAIB BENDAHARI                                   NUR AMALINA BINTI MOHD LAZIM               MUHAMMAD SYAMIL NAIM BIN NOR ADLAN

                                           


    AJK GELANGGANG     
NUR FIKRI BIN YUSOP.
  MUHIZAN BIN MISKAM.
    NURLYDIA AMIRA BINTI MAHADI.
  SITI SAHIRA BINTI DARAME.

AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN  
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN NORDIN.
 NURNATASHAH BINTI JUHAN.

AJK LOGISTIK & TUGAS-TUGAS KHAS 
NUR DAHIYAH BINTI ABD. GHANI.
     NUR AZIERA BINTI ZAINUDIN.
     MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD NOOR.

AJK PUBLISITI 
NUR SYAMIMI BINTI BUSTAMAM.
 NOR AZLINA BINTI ZAINOL  ANNUAR.
     AMMAR BIN ABD. MALEK.




Monday, 18 February 2013

AMANAT MAHAGURU DATO` MEOR ABDUL RAHMAN



"Jangan ditepuk susu di dulang,

Anak harimau tak dapat menyusu,

Jangan pecah rahsia hulubalang,

Nanti harimau hilang kuku"


"Jangan ditepuk darah di dulang,

Anak harimau mancari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,

Nanti harimau hilang asu"


"Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas,

Jikalau ada senjata di tangan,

Jangan biar orang rampas"


"Pecah Gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut di lautan tujuh,

Perpecahan Gayong perpecahan sayang,

Di suatu masa kembali berteguh"


Segayong,

Sekendi,

Seperigi,

Sepeminum,

Sejalan,

Sejadi,

Sedarah,

Sedaging,

Sepadu,


Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong.


Gayong? Dimana Gayong? Di sini Gayong, di sana Gayong.


Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri. 











SENJATA MEMPERTAHANKAN DIRI



SENJATA GAYONG


Senjata Gayong berupa tongkat pendek (simbat rotan) yang di dalamnya tersembunyi senjata tajam seperti pisau.


LAMBANG GAYONG


Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:



  • Bejana air - ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang hak.

  • Bulan bintang di puncak dunia - Melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.

  • Seekor naga - ia sebagai tanda/simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato' Meor Abdul Rahman. Naga yang melingkungi dunia yang kepalanya hampir bercantum dengan ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal di seluruh dunia. Lambang dua naga dicipta semasa hendak mendaftarkan PSSGM sebagai mengenang jasa-jasa Meor Abdul Aziz, kekanda Mahaguru Meor Abdul Rahman, mengembangkan Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian utara tanah air. Walau bagaimanapun, penggunaan lambang dua naga ini tidak berapa dipersetujui oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman. Menurut firasat beliau, penggunaan lambang naga berjuang ini dikhuatiri akan mendatangkan akibat yang kurang baik.

  • Keris bersilang - melambangkan Semangat Tuah dan Semangat Jebat. Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua orang laksamana yang gagah berani iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh dua orang Laksamana Melaka tersebut.

  • Pedang Zulfakar - melambangkan kepahlawanan sahabat-sahabat Rasulullah sewaktu menegakkan syiar Islam di zaman Jahiliah.(Dalam lambang baru digambarkan dalam bentuk sebilah parang).

  • Selepang Kebesaran Gayong - melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.









WARNA DALAM LENCANA GAYONG



MAKSUD WARNA GAYONG


PUTIH
Kesucian - Silat Seni Gayong adalah bebas daripada sebarang unsur yang membawa kepada
keburukkan dan kehancuran.

MERAH
Berani / Kepahlawanan - Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong juga menaikkan semangat kepahlawanan.

KUNING
Beraja / Berdaulat - Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.

HITAM 
Bayang - bayang Rahsia - Merupakan sosio status manusia yang tidak membezakan ahli - ahli dari segi warna kulit dan darjat. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya. ( Rahsia tersimpan di purbakala, ilham menyusul zahir semula )






G.A.Y.O.N.G


MAKSUD PERKATAAN GAYONG






       Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala   rahsia dan amanat yang diberikan.

       Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

      Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri

      Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

      Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.










MENGENAI SILAT SENI GAYONG





     Perkataan SILAT itu pada umumnya bolehlah difahamkan sebagai suatu teknik pembawaan bunga-bunga tarian pelajaran GAYONG, dan pelajaran GAYONG itu pula dimaksudkan kepada buahnya yang sebenar, yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan, yang terkandung di dalam kandungan gerak semula jadi, iaitu pergerakan pantas secara automatik. 

            GAYONG yang mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam, tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat, elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan seumpamanya lagi itu adalah menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap lelaki dan wanita. Pelajaran ini amatlah berguna dalam masa kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai perisai untuk mengelakkan serangan musuh atau lawan. 

            Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan, kepantasan, kecekapan, keazaman, dan kepintaran masing-masing untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, maka di dalam pertarungan yang seumpama itu biasanya dinamakan GAYONG. Tetapi pelajaran SILAT yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran GAYONG itu adalah lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di dalam kebudayaan Melayu. Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, tidaklah persembahan itu lebih merupakan suatu pertarungan yang sungguh-sungguh berlaku di situ, malah hanya persembahan itu lebih merupakan sebagai satu daripada ciri perlawanan yang dipersembahkan secara imbasan pertarungan yang dipenuhi dengan keindahan dan kesenian bunga-bunga tarian dalam pelajaran GAYONG yang disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar, bertatatertib, tidak melanggar kesopanan dan kesusilaan dan tertakluk pula kepada taraf majlis di mana persembahan itu diadakan. Persembahan seumpama itu dinamakan BERSILAT.









Dicatat oleh : Zaid Mukhriz _ http://www.blogger.com/profile/11246917477144033579