-->

Sunday, 6 January 2013

PENGENALAN PSSGM UiTM KAMPUS JOHOR BAHRU CAWANGAN JOHOR


Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) UiTM Johor Bahru, adalah sebuah organisasi pelajar yang aktif di UiTM Johor Bahru ini.  PSSGM ini adalah sebuah organisasi di  UiTM Johor Bahru dan telah diiktiraf serta didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai sebuah organisasi Mahasiswa UiTM yang berlandaskan hasrat mendukung cita-cita UiTM untuk melahirkan mahasiswa serba boleh dari segi akademik dan kokurikulum yang seterusnya dapat menaikkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara sejajar dengan seruan kerajaan untuk menjadikan bumiputera sebagai satu aset yang penting di negara ini.

PSSGM mempunyai seorang penasihat persatuan yang sungguh berkaliber iaitu Ustaz Syazali Effendi Bin. Abd. Wahab. PSSGM UiTM Johor Bahru juga mempunyai dua orang jurulatih merangkap alumni UiTM Johor Cawangan Segamat, iaitu Cikgu Abd Halim Bin Sa’adon dan Cikgu Khairudin Bin Khairani.

dari kanan
Cikgu Abdul Kudus Bin Ahmad, Ustaz Syazali Affendi Bin Abd. Wahab, Cikgu Abdul Halim Bin Sa'don,
 Cikgu Khairudin Bin Khairani

PSSGM UiTM Johor Bahru ditubuhkan bagi menyemai dan memartabatkan budaya bangsa Melayu (melalui seni silat) dikalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM  Johor Bahru.  Ini turut merangkumi disiplin diri, sahsiah diri keilmuan, keagamaan dan ketaatan.  Ahli PSSGM UiTM Johor Bahru juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pengawai dan staf-staf Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Johor Bahru dalam menjayakan aktiviti berkala tahunan seperti Majlis Malam Perdana Gayong.  

No comments:

Post a Comment