-->

Saturday 2 March 2013

LAGU RASMI GAYONG









Dengan Bismillah Mula Dikata
Mengingati Kebesaran Allah Yang Mulia
Kerana Wajib Telah Ternyata 
Segala Perbuatan Mahulah Diserta

Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan Aneka Hikmat Mulia
Rahsia Tersimpan Di Purba Kala
Ilham Menyusul Zahir Semula

Niat Yang Bersih Baunya Suci
Berseru Kepada Putera Dan Puteri
Agama Yang Mulia Dijunjung Tinggi
Belalah Bangsa Adat Dan Negeri

Gayong Bercantum Bersatu Padu 
Mengingat Junjungan Empunya Seru
Sama Sendiri Bantu Membantu
Selamat Sejahtera Hajat Dituju

Gayong Bercantum Bersatu Padu 
Mengingat Junjungan Empunya Seru
Sama Sendiri Bantu Membantu
Selamat Sejahtera Hajat Dituju






















Tuesday 19 February 2013

TAMPUK KEPIMPINAN PSSGM DI UiTM KAMPUS JOHOR BAHRU CAWANGAN JOHOR




PENAUNG
PROF. MADYA HAJAH ZAITON BINTI ENDOT
       PENOLONG REKTOR UiTM KAMPUS JOHOR   BAHRU CAWANGAN JOHOR

PENASIHAT PERSATUAN
USTAZ SYAZALI EFFENDI BIN A.WAHAB

PENASIHAT PROGRAM
 USTAZ RAFIUDDIN BIN MOHD YUSOF
                                                         
PRESIDEN  
MOHD FAIZ BIN MOHD ZAHARI


                     NAIB PRESIDEN 1                                           NAIB PRESIDEN 2                      
MOHD NASRULLAH BIN RAMDAN                  NUR FASIHAH BINTI AHMAD DIN


    SETIAUSAHA                                               NAIB SETIAUSAHA
        NUR  ATHIRAH NADIA BINTI MD. SALLEH                MUHAMMAD ROFIQI BIN SARMIDI


                          BENDAHARI                                                NAIB BENDAHARI                                   NUR AMALINA BINTI MOHD LAZIM               MUHAMMAD SYAMIL NAIM BIN NOR ADLAN

                                           


    AJK GELANGGANG     
NUR FIKRI BIN YUSOP.
  MUHIZAN BIN MISKAM.
    NURLYDIA AMIRA BINTI MAHADI.
  SITI SAHIRA BINTI DARAME.

AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN  
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN NORDIN.
 NURNATASHAH BINTI JUHAN.

AJK LOGISTIK & TUGAS-TUGAS KHAS 
NUR DAHIYAH BINTI ABD. GHANI.
     NUR AZIERA BINTI ZAINUDIN.
     MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD NOOR.

AJK PUBLISITI 
NUR SYAMIMI BINTI BUSTAMAM.
 NOR AZLINA BINTI ZAINOL  ANNUAR.
     AMMAR BIN ABD. MALEK.




Monday 18 February 2013

AMANAT MAHAGURU DATO` MEOR ABDUL RAHMAN



"Jangan ditepuk susu di dulang,

Anak harimau tak dapat menyusu,

Jangan pecah rahsia hulubalang,

Nanti harimau hilang kuku"


"Jangan ditepuk darah di dulang,

Anak harimau mancari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,

Nanti harimau hilang asu"


"Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas,

Jikalau ada senjata di tangan,

Jangan biar orang rampas"


"Pecah Gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut di lautan tujuh,

Perpecahan Gayong perpecahan sayang,

Di suatu masa kembali berteguh"


Segayong,

Sekendi,

Seperigi,

Sepeminum,

Sejalan,

Sejadi,

Sedarah,

Sedaging,

Sepadu,


Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong.


Gayong? Dimana Gayong? Di sini Gayong, di sana Gayong.


Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri. 











SENJATA MEMPERTAHANKAN DIRI



SENJATA GAYONG


Senjata Gayong berupa tongkat pendek (simbat rotan) yang di dalamnya tersembunyi senjata tajam seperti pisau.


LAMBANG GAYONG


Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:



  • Bejana air - ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang hak.

  • Bulan bintang di puncak dunia - Melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.

  • Seekor naga - ia sebagai tanda/simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato' Meor Abdul Rahman. Naga yang melingkungi dunia yang kepalanya hampir bercantum dengan ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal di seluruh dunia. Lambang dua naga dicipta semasa hendak mendaftarkan PSSGM sebagai mengenang jasa-jasa Meor Abdul Aziz, kekanda Mahaguru Meor Abdul Rahman, mengembangkan Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian utara tanah air. Walau bagaimanapun, penggunaan lambang dua naga ini tidak berapa dipersetujui oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman. Menurut firasat beliau, penggunaan lambang naga berjuang ini dikhuatiri akan mendatangkan akibat yang kurang baik.

  • Keris bersilang - melambangkan Semangat Tuah dan Semangat Jebat. Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua orang laksamana yang gagah berani iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh dua orang Laksamana Melaka tersebut.

  • Pedang Zulfakar - melambangkan kepahlawanan sahabat-sahabat Rasulullah sewaktu menegakkan syiar Islam di zaman Jahiliah.(Dalam lambang baru digambarkan dalam bentuk sebilah parang).

  • Selepang Kebesaran Gayong - melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.









WARNA DALAM LENCANA GAYONG



MAKSUD WARNA GAYONG


PUTIH
Kesucian - Silat Seni Gayong adalah bebas daripada sebarang unsur yang membawa kepada
keburukkan dan kehancuran.

MERAH
Berani / Kepahlawanan - Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong juga menaikkan semangat kepahlawanan.

KUNING
Beraja / Berdaulat - Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.

HITAM 
Bayang - bayang Rahsia - Merupakan sosio status manusia yang tidak membezakan ahli - ahli dari segi warna kulit dan darjat. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya. ( Rahsia tersimpan di purbakala, ilham menyusul zahir semula )






G.A.Y.O.N.G


MAKSUD PERKATAAN GAYONG






       Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala   rahsia dan amanat yang diberikan.

       Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

      Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri

      Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

      Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.










MENGENAI SILAT SENI GAYONG





     Perkataan SILAT itu pada umumnya bolehlah difahamkan sebagai suatu teknik pembawaan bunga-bunga tarian pelajaran GAYONG, dan pelajaran GAYONG itu pula dimaksudkan kepada buahnya yang sebenar, yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan, yang terkandung di dalam kandungan gerak semula jadi, iaitu pergerakan pantas secara automatik. 

            GAYONG yang mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam, tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat, elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan seumpamanya lagi itu adalah menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap lelaki dan wanita. Pelajaran ini amatlah berguna dalam masa kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai perisai untuk mengelakkan serangan musuh atau lawan. 

            Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan, kepantasan, kecekapan, keazaman, dan kepintaran masing-masing untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, maka di dalam pertarungan yang seumpama itu biasanya dinamakan GAYONG. Tetapi pelajaran SILAT yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran GAYONG itu adalah lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di dalam kebudayaan Melayu. Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, tidaklah persembahan itu lebih merupakan suatu pertarungan yang sungguh-sungguh berlaku di situ, malah hanya persembahan itu lebih merupakan sebagai satu daripada ciri perlawanan yang dipersembahkan secara imbasan pertarungan yang dipenuhi dengan keindahan dan kesenian bunga-bunga tarian dalam pelajaran GAYONG yang disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar, bertatatertib, tidak melanggar kesopanan dan kesusilaan dan tertakluk pula kepada taraf majlis di mana persembahan itu diadakan. Persembahan seumpama itu dinamakan BERSILAT.









Dicatat oleh : Zaid Mukhriz _ http://www.blogger.com/profile/11246917477144033579







Sunday 13 January 2013

MAJLIS PENERIMAAN ANAK GAYONG SESI JUN 2011..(26 JUN 2011)


Majlis penerimaan ahli Silat Seni Gayong baru akan diadakan setiap kali adanya ahli baru pada setiap semester dengan mengikut adat..Penyertaan ahli baru juga amat memberangsangkan bilangannya pada setiap semester.. Ahli baru akan menjalani adat Penerimaan Anak Gayong sebelum mereka diterima sebagai ahli persatuan silat seni gayong yang baru..

 majlis bermula dengan sesi perkenalan..  
  anak-anak gayong baru (siswi)
anak-anak gayong baru (siswa)

ahli-ahli baru persatuan silat seni gayong uitm jb batch Jun 2011.

Sunday 6 January 2013

PENGENALAN PSSGM UiTM KAMPUS JOHOR BAHRU CAWANGAN JOHOR


Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) UiTM Johor Bahru, adalah sebuah organisasi pelajar yang aktif di UiTM Johor Bahru ini.  PSSGM ini adalah sebuah organisasi di  UiTM Johor Bahru dan telah diiktiraf serta didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai sebuah organisasi Mahasiswa UiTM yang berlandaskan hasrat mendukung cita-cita UiTM untuk melahirkan mahasiswa serba boleh dari segi akademik dan kokurikulum yang seterusnya dapat menaikkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara sejajar dengan seruan kerajaan untuk menjadikan bumiputera sebagai satu aset yang penting di negara ini.

PSSGM mempunyai seorang penasihat persatuan yang sungguh berkaliber iaitu Ustaz Syazali Effendi Bin. Abd. Wahab. PSSGM UiTM Johor Bahru juga mempunyai dua orang jurulatih merangkap alumni UiTM Johor Cawangan Segamat, iaitu Cikgu Abd Halim Bin Sa’adon dan Cikgu Khairudin Bin Khairani.

dari kanan
Cikgu Abdul Kudus Bin Ahmad, Ustaz Syazali Affendi Bin Abd. Wahab, Cikgu Abdul Halim Bin Sa'don,
 Cikgu Khairudin Bin Khairani

PSSGM UiTM Johor Bahru ditubuhkan bagi menyemai dan memartabatkan budaya bangsa Melayu (melalui seni silat) dikalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM  Johor Bahru.  Ini turut merangkumi disiplin diri, sahsiah diri keilmuan, keagamaan dan ketaatan.  Ahli PSSGM UiTM Johor Bahru juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pengawai dan staf-staf Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Johor Bahru dalam menjayakan aktiviti berkala tahunan seperti Majlis Malam Perdana Gayong.  

KEJOHANAN PENCAK SILAT GAYONG PERINGKAT KEBANGSAAN ALOR STAR KEDAH


Pada 21 - 25 Disember 2011 berlangsungnya Kejohanan Pencak Silat Gayong peringkat Kebangsaan. Pada kali ini Negeri Kedah telah dipilih menjadi gelanggang tuan rumah. Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar menjadi penempatan bagi semua peserta dari seluruh negara selama 5 hari berlangsungnya kejohanan.


Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar, Kedah Darul  Aman


Peserta dari PSSGM UiTM Johor yang Mewakili Negeri Johor



Kejohanan pada kali ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Maznah Mazlan selaku Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Mahkota Agong Bintang Pelangi.Tetamu kehormat seperti Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan Datuk Adiwijaya Bin Abdullah, Datin Faridah Binti Abu Johan selaku Ibu Gayong, Ahli - ahli Lembaga Waris Amanah, serta Yang Dipertua PSSGM Bahagian Ngeri Johor Kapt. Abdul Kudus Bin Ahmad turut hadir bagi menyempurnakan kejohanan.



UiTM Johor telah menghantar peserta untuk mewakili Negeri Johor dan berjaya membawa pulang 12 pingat perak dan gangsa mengikut kategori.


PINGAT PERAK
PINGAT GANGSA
Buah Tapak Kunci Mati
Olahraga B Puteri                          
Jurus Wajib Putera
Olahraga C Putera
Jurus Wajib Puteri
Olahraga D Putera
Sajak Gayong
Olahraga E Putera

Olahraga F Putera

Olahraga Bebas Putera

Solo Putera

Pentas Putera


           

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya, semoga objektif PSSGM dalam melahirkan pesilat  yang seimbang dari segi akademik dan aktiviti luar berjaya.


Saturday 5 January 2013

DEMO MAJLIS SILATURRAHIM DEWAN RAYA MASAI


Segala puji bagi tuhan,sekali lagi PSSGM UiTM Johor Bahru dijemput dalam mengadakan demo pertujukkan di Dewan Raya Masai yang dirasmikan oleh YB Dato` Seri
 Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi. Majlis berlangsung pada hari Sabtu 
( 28 April 2012 ).

 Merupakan satu penghormatan bagi ahli - ahli PSSGM UiTM Johor berpeluang menonjolkan bakat dihadapan pesilat - pesilat yang datang dari Negara Singapura bahkan dihadapan gurulatih - gurulatih lama dan lebih berpengalaman.

Majlis juga turut disertai oleh pesilat Gelanggang Naga Rantau dari Universiti Malaysia Pahang.Seramai 8 orang ahli PSSGM UiTMJB dan 3 orang PSSGM UiTM Segamat bersama - sama mengadakan demo.
antara demo yang dipertunjukkan ialah Bunga silat, gerakan buah pisau, dan  buah pukul.


Ahli PSSGM UiTM Johor dan Gelanggang Naga Rantau UMP

Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin

Sementara menungu giliran persembahan 

Barisan guru - guru lama yang datang dari Negara Singapura
Pesilat - pesilat dari Gelanggang Naga Rantau UMP
Persembahan Buah pisau

Tetamu Jemputan yang hadir

Yang Dipertua PSSGM Bahagian Negeri Johor Kapt. Abdul Kudus Bin Ahmad menyampaikan ucapan

YDP PSSGM Negeri Johor Kapt.Abdul kudus dan Waris Amanah PSSGM Cikgu Sazali Bin Dato`Meor Abdul Rahman 

Persembahan Bunga tanjung

Latihan yang dijalankan 2 hari sebelum Majlis.

Persembahan permulaan

Latihan bersama bagi meningkatkan penguasaan persembahan


KEJOHANAN PENCAK SILAT ZON SELATAN 2011

Satu lagi program hasil penganjuran PSSGM UiTM Johor Bahru berjaya dijalankan di Dewan Besar UiTM Johor Bahru.Seramai 40 orang peserta PSSGM UiTM Johor Bahru bertungkus - lumus menjayakan kejohanan yang akan memilih atlet bagi melayakkan diri keperingkat kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Kedah Darul Aman.Kejohanan telah disempurnakan oleh YDP PSSGM Bahagian Negeri Johor Abdul Kudus Bin Ahmad serta Penolong Rektor UiTM Johor Bahru Puan Hajah Zaiton Binti Endut.Kejohanan telah berlangsung pada hari Sabtu ( 3 Disember 2012 ) bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 11.00 malam.

Kejohanan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan penyertaan dari PSSGM UiTM Johor Kampus Segamat.2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori dewasa dan remaja.Manakala pertandingan silat olahraga dan silat seni telah dipertandingkan bagi setiap kategori berikut.PSSGM UiTM Johor Bahru juga turut dibantu oleh PSSGM Bahagian Negeri Johor dalam mengedalikan selok belok menguruskan kejohanan yang melibatkan penyertaan seluruh daerah di negeri Johor.  

Wasit Juri yang bertugas di meja pengadil 

Pelepas dari kontingen Segamat 

Peserta dan pegawai pengiring daripada Daerah Kota Tinggi 

Gurulatih dan jawatankuasa di meja urusetia

 Ustaz Syazali dan Cikgu Abdul Halim bersama peserta dari UiTM Segamat 

Urusetia di meja perubatan 

Barisan urusetia di meja pendaftaran 

YDP PSSGM Bahagian Negeri Johor Abdul Kudus Bin Ahmad mengumumkan keputusan kepada pemenang 

Wasit Juri ketika berlangsungnya perlawanan 

Pertandingan silat olahraga putera 

 Kemenangan di sudut merah

Jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Pencak Silat Zon Selatan 2011.Semoga Objektif program dalam mengeratkan hubungan sesama pesilat - pesilat UiTM Johor Bahru dan UiTM Segamat dengan pesilat - pesilat sekitar Zon Selatan mampu disemai.

PROGRAM TAUTAN BALAS MAAHAD PONTIAN


Jika sekali kita menjejakkan kaki ke dalam gelanggang Gayong bermakna kita sudah mampu mempunyai hubungan dengan gelanggang lain.  Begitulah hubungan gelanggang UiTM JB dengan gelanggang Sekolah Maahad Pontian.  Program Tautan Balas Maahad Pontian ini sebagai latihan dan lawatan balas Sekolah Maahad Pontian yang sudi datang ke Gelanggang UiTMJB.  Seramai 40 orang peserta PSSGM UiTMJB menyertai aktiviti ini pada hari Khamis ( 28 Jun 2012 )

Antara ahli - ahli PSSGM yang terlibat menjayakan majlis Di dewan As`salam Sekolah Maahad Pontian  


Kami sempat menghadiri usrah dan bacaan yassin bersama - sama pelajar Maahad Pontian pada malam itu sebelum turun menjalani latihan 




Memberi tumpuan ketika gurulatih menyampaikan ilmu - ilmu yang berguna dalam dunia persilatan 



Pelajar - pelajar Maahad Pontian UiTM Johor Bahru bergambar selepas habis latihan gelanggang bersama

Pssgm UiTM JB menyerahkan cenderahati kepada pihak Maahad Pontian

 Penyerahan cenderahati oleh Ustaz Mohd Fathi kepada UiTM JB sebagai tanda penghargaan.

Ribuan terima kasih diatas kejasama gurulatih Ustaz Mohd Fathi bin Haji Salam dan pelajar - pelajar Sekolah Maahad Pontian.

Jutaan terima kasih atas sumbangan tenaga dan bantuan oleh pelajar - pelajar Maahad Pontian dalam memberi layanan dan kerjasama ketika kunjungan kami.Semoga objektif utama untuk melibatkan mahasiswa secara aktif dalam berpesatuan berjaya disemai sekaligus menjaga hubungan dengan masyarakat sekeliling khususnya.